Assalamualaikum.
As usual, I don't even plan about what am I actually gonna write here, but today, saya rasa terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati saya for the past few weeks.
First of all, saya bukanlah orang yang berpengetahuan luas dalam bidang politik dan secara jujur I don't even like to discuss or talk about it in public, apa lagi kalau nak post-post dalam blog macam ni, but then today I have to, since from what had happened yesterday has caused really big impact on our country Malaysia itself. I'm not here to debate with all of you about which side is good and which side is bad, NO. I'm here to clear my head from this thoughts that had been pushing me again & again from various political news & events which I indirectly followed by watching news on tv at 8 or reading through the newspapers.
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama and this is one of that factor which had already became one of the attractiveness of this beautiful country. However at the same time, it also came with a big price to pay, di mana hakikatnya bukanlah mudah untuk memastikan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum ini untuk kekal aman & damai di samping semua kaum di dalamnya mencapai kestabilan dari semua aspek kehidupan tidak mengira pendidikan, ekonomi, politik dan sebagainya. Isu-isu dalam perkauman menjadi faktor berbahaya yang boleh menggugat keamanan negara seperti yang telah rakyat Malaysia ambil iktibar dari peristiwa 13 Mei.
Mungkin saya masih terlalu muda dan mentah untuk menilai sejauh mana bersihnya pendekatan yang diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan negara kita. Tetapi saya berasa sedikit terkilan menyedari ada di kalangan pemimpin & rakyat Malaysia sendiri yang somehow kelihatan begitu agresif dalam menegakkan kepercayaan politik masing-masing hingga menjejaskan keamanan dan persefahaman sesama rakyat Malaysia yang ingin kita kekalkan.
Saya tahu, pihak kerajaan tidak sempurna dalam menjalankan amanahnya, dan kelemahan mereka semakin hari semakin terlihat oleh masyarakat di luar sana. Pihak pembangkang pula dengan pemahamannya dan bagi saya, kedua-duanya memainkan peranan yang penting agar pemimpin-pemimpin yang sedia ada tidak terlampau selesa, lalai dari menunaikan tanggungjawab dan amanat yang telah diberikan oleh rakyat dan pada masa yang sama tidak mengambil kesempatan di atas privileges yang mereka miliki.
Jangan dilupa kepada pihak media, yang mana peranan mereka juga tidak harus diperlekehkan memandangkan mereka sepatutnya menyiarkan apa yang benar, yang sedang berlaku, mereka yang sepatutnya menjadi orang tengah yang tidak memihak kepada sesiapa bagi memastikan berita-berita yang disampaikan tidak berbaur fitnah yang boleh menimbulkan anasir-anasir & spekulasi yang salah di kalangan rakyat hingga menyebabkan kita rakyat Malaysia keliru dan tidak lagi menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap media seperti dahulu. Kalau diingat kembali subjek Sejarah yang dipelajari ketika zaman persekolahan dulu, saya pasti semua sedia maklum bagaimana media cetak menjadi penyatu kepada rakyat dalam mengekalkan semangat untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Oleh itu media sepatutnya mengambil sejarah sebagi contoh instead of menumpukan fokus mereka untuk menjadi akhbar terhangat atau melariskan jualan mereka semata-mata.
Rakyat zaman sekarang harus berhati-hati dalam cuba mentafsir kebenaran dalam dunia politik negara kita. Tiga pihak di atas, semua tidak sempurna perjuangannya. Apa yang saya cuba nyatakan di sini, dalam setiap organisasi itu, susah untuk kita temui organisasi yang mana semua orang di dalamnya, 100% memperjuangkan apa yang baik yang boleh dinikmati rakyat tanpa mengambil kira kepentingan diri sendiri, kerana apa yang saya nampak, rata-ratanya menggunakan politik sebagai platform untuk merebut kuasa dan memperolehi kekayaan melalui jalan singkat. Bila berkempen pelbagai janji ditabur tapi bila sudah berada di atas kebanyakannya lupa menunaikan janji-janji mereka. Sedangkan kita orang biasa yang tidak terpikul oleh tanggungjawab memerintah negara ini pun kadang-kadang terlupa menunaikan janji-janji kita kepada Allah S.W.T. apatah lagi janji mereka sesama manusia.
Justeru dalam memilih pemimpin, ia bukanlah mudah, tetapi secara amnya, kita memilih mereka yang mereka yang terpelihara akhlaknya, yang bijak & mampu menguruskan negara dgn baik dan bersederhana dalam semua perkara. Bagi yang beragama Islam, perjuangan mereka haruslah mengambil kira pencapaian di dunia dan di akhirat. Kedua-dua ini harus seimbang, bagi memastikan Islam terus maju dan tidak tertinggal di belakang.
Berbalik kepada isu keamanan tadi. Saya sedih melihat masih ada di kalangan rakyat kita tak kiralah apa agama dan bangsa sekalipun, masih berniat menimbulkan kekacauan di tanah air sendiri. Kita adalah rakyat yang bertamadun dan berpendidikan, mengapa masih tidak mampu memilih cara penyelesaian yang lebih baik instead of berkumpul dan berarak di jalan? Kalau dulu saya tengok di kaca tv demonstrasi hanya berlaku di negara-negara luar, tetapi sekarang Malaysia yang setelah sekian lama aman dan sunyi dari demonstrasi jalanan, kini menjadi salah satu daripadanya, tahniah kepada segelintir rakyat Malaysia sendiri yang kononnya bertujuan untuk menegakkan hak mereka.
Apa yang kita dapat daripada demonstrasi jalanan? Please enlighten me adakah ia automatically mengubah negara kita menjadi negara yang politiknya bersih seratus peratus? Kita berdemontsrasi di jalan or di stadium, adakah anda bermusyawwarah berdiskusi mengenai jalan penyelesaian yang terbaik? Dan apabila ada pihak yang mengatakan kempen semalam berjaya, saya masih belum mampu melihat rasionalnya pendekatan tersebut. Alhamdulillah, Sultan Mizan juga telah memberikan pendapat yang selama ini saya nanti-nantikan, yang mana perhimpunan seperti itu hanya banyak memberikan kesan negatif terhadap negara kerana percayalah, dalam kekalutan ini pasti ada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan terhadap situasi genting yang sedang berlaku di negara kita, and at the same time this is as a reminder to the existing government to realize that now is the time to work hard to make changes and improvement.
Kita sebagai rakyat, janganlah mudah terpedaya dengan agenda-agenda pihak tertentu yang meracuni fikiran rakyat untuk mencapai kepentingan diri sendiri. Jangan diingat bila kita dah merdeka, tidak ada pihak-pihak luar yang terus-menerus ingin mencuba nasib memperlihatkan kelemahan negara kita agar mereka dapat menjajah kembali dan mengeksploitasi negara kita. Tidak semua parti, pemimpin di dalamnya semua baik atau jahat. Dalam setiap parti itu ada yang baiknya, dan apa yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia perlukan, adalah ketelusan dan kebijaksanaan dalam memilih, bagi memastikan apa yang kita ada tidak tergadai di kemudian hari. Walaupun tujuan asal BERSIH 2.0 yang dinyatakan adalah untuk politik yang bersih tanpa sebarang penipuan, namun jalan pendekatannya dengan mengadakan perhimpunan seperti itu bukanlah yang seharusnya diambil.
Saya berdoa pada Allah agar kita semua sentiasa dilindunginya, semoga negara kita tidak ditimpa malapetaka dan agar kita sentiasa diberikan petunjuknya dalam membuat setiap pilihan & keputusan dalam kehidupan kita. Semoga negara kita aman sentiasa, Insya-Allah.
Great post, I found myself agreeing with you on everything that you pointed out :)
ReplyDeleteThank you Dira! :)
ReplyDelete