Thursday, September 9, 2010

Raya Dtg Lagi!


Hi.

Tadi saya tgk tv. Penyimpan Mohor Besar ckp lusa dah raya. so saya nak buat sepatah dua kata jgk. sb tiba-tiba saya rasa saya mcm nak ckp something.

I tau skrg kan trend org tag ramai-ramai nama kwn yg dia nk mintak maaf dkt gamba kad raya dkt facebook.I mcm teringin nak buat tp I malaslah nak membebankan kwn-kwn I dgn notifications bertimbun sb kwn-kwn yg lain komen jgk. so di sinilah tempatnya. tu pun klu org yg lain tu tau I ada blog. hahah.

Eh kenapa saya ckp I U ni? X nak lah. Alrite, saya tau, saya manusia yg hina. Dipenuhi dosa bergelumang dgn kemaksiatan & juga perbuatan yg menyinggung hati & perasaan sehingga anda semua terguris lalu memendam rasa tidak suka kpd saya. saya sedar, siapalah diri ini. Masih hanyut mencari petunjuk membawa saya ke jalan yg benar.

Hmm okay kat atas ayat penyesalan. tanpa memanjang-manjangkan lagi isu ini actually nak memohon maaf kpd semua rakan-rakan sahabat-sahabat saudara mara sekalian. tanpa disedari ramadhan sudah sampai ke penghujungnya, & syawal telah kunjung tiba. so saya menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata-kata mahu pun perbuatan yg menyinggung perasaan. sorry dory strawberry okay.

Saya pasti ya amat semua itu tidak disengajakan. mengapa perlu mencari musuh sedangkan kita semua umat Islam bersaudara? hehe. kutiplah duit raya selagi mampu, kerana tidak selamanya kita layak menerima,sampai suatu masa kita pulalah yg memberi.

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. IKHLAS DARI HATI YG SUCI, cewah.

TTYL.