First saya nak buat pengakuan membunuh:
Pernah tak korang pergi kelas tak mandi? = Saya pernah! & saya ada seorang wakil bg pihak perempuan yg berdiri sama tinggi dgn saya dlm kategori pergi kelas tak mandi. Mesti semua rasa mcm euwww tp hello, badan i tak berbau, muka i sentiasa fresh berseri selepas solat suboh, & baru sekali seumur hidup i pegi kelas tak mandi. mesti semua nak tau apa perasaannya kan? biasa ja, as long as anda semua mematuhi beberapa garisan peraturannya, saya yakin anda pasti mampu berjalan dgn penuh keyakinan, eh bukan takat yakin biasa, malah lebih yakin drpd hari biasa!
Jadi apa kata saya dedahkan kpd anda...jeng jeng jeng jeng jeng...!
Petua Pergi Kelas Tak Mandi. (OMG Tak sabarnyaaa!)
1. First of all, pastikan gigi digosok dgn bersih sebersihnya, bg mengelakkan mulut anda berbau air liur basi, tapi saya nasihatkan, eloklah sekiranya tidur tu tak payah tonggeng sana tongeng sini, tutup mulut bg dlm keadaan senang diri (jgn nganga luas2 or terbuka sedikit di bhg tepi hujung) alaaa you know, like tutup biasa ja. haaa then takda la masalah air liur berlebihan tu.Okay mulut is bhg paling penting sb di situlah kuasa kekonfidenan akan dtg. Untuk kuasa yg lebih meyakinkan, makanlah gula-gula yg menyegarkan nafas.
2. Next, rambut! yeahhh rambut ni memainkan peranan yg penting juga, sb dari rambut org mampu tau u mandi ke tak. so i suggest terapi paling baik punya, step 1 basahkan rambut, step 2 gunakan pelembut rambut yg wangiii and mampu menampakkan kelembapan seperti semula jadi yg if rambut u ditiup angin, u akan terdengar lagu Natasha Bedingfield-Unwritten mcm dlm iklan Sunsilk tu. cewahh.haha. itulah namanya konfiden! So u akan nmpk seperti mandi berkali-kali walaupun hakikatnya.... TIDAK!
3. Muka. Pastikan muka dicuci bagi menghilangkan minyak-minyak di wajah u know skin oil etc. Perasan tak sbnrnya ramai yg muka dia even dia mandi pun dia still nmpk tak mandi? Dulu rsnya mcm tak ramai tau tp skrg mcm ramai. so no worrylah wey, dah ramai dah org bleh accept fenomena ni. Org takkan perasan punya kita mandi ke tak.haha. TAPI. please cuci muka dulu bagi bersih,lap seluruh bhg muka so that muka bersih. okay?
4. Next is your outfit, dah tau tak mandi, jgn la pakai selekeh kan. mmg terserlah ketidakmandian tu. Pilih antara pakaian yg cantik yg smart yg bukan sahaja menutupi cacat cela akibat tak mandi, malah membantu anda berasa lebih yakin. Dgn outfit yg kemas, anda pasti kelihatan hebat & berketrampilan walaupun anda sbnrnya TIDAK mandi.hahah
5.Last, ini penting, semburan minyak wangi deodoran etc! Haaa yg ni bila dah bubuh, insyaallah berkesan, pastikan bau yg fresh, yg tak sakit hidung, yg tak terlampau like mcm miyak wangi yg tengik tu, sb if minyak wangi yg kau pakai tu menyakitkan hidung, it doesn't make any difference.
So itulah caranya saya tampil yakin walaupun tak mandi. Tapi jgnlah buat everyday, tak sihat wey, lagi satu tak tahan lama, paling lama pun pukul 12tgh hari ja kau kena balik mandi 3 kali refill tangki. Aku tak mandi sb rumah aku tiba-tiba paip rosak, so ada la excuse kan.
Bye! Selamat beramal. :)
No comments:
Post a Comment