Saya tak faham. kenapa org nak pakai susuk? padahal sudah terang lagi berspot light lampu stadium yg effect susuk tu last-last buat muka kau buruk. Kenapa susah-susah, pakai BRANDS Inner Shine sudah. Terus ayu mcm Maya Karin.
Itu subtopic. Masok tajuk besar. Sehari sebelum saya pulang bercuti for Chinese New Year (Gong Xi Gong Xi masuk tahun baru buangkanlah perasaan benci sesuka hati), saya menerima panggilan drpd classmate tingkatan satu saya dulu, memberitahu tentang perginya seorang sahabat saya kerana kemalangan di jalan raya.
Agak terkilan kerana kami semua rakan-rakan tak sempat melihat arwah sebab semua pun balik lambat, jadi akhirnya semua sepakat untuk just berkunjung ke rumah arwah berjumpa dgn parents dia. Arwah adalah kawan saya masa sekolah menengah, pernah satu dorm, pernah tarik sembunyikan towel saya & kwn2 lain time mandi, pernah bernasyid sekali, pernah main bola sekali (wow aku pun main bola jgk dulu, tp dah retire).
Last time terserempak masa tu dah 2 years back, tu pun tak sempat bersembang lama. My friends semua sedih sebab before arwah accident dia byk kali mintak kat kawan saya, buatla reunion. Nak jumpa semua. Tapi sebabkan masa cuti semua org mostly tak sama, so asyik tertunda. Last-last, semua org berjumpa, bereunion, tapi sebab dia. Sebab dia dah tak ada.
Saya sedih. Mcm tak sangka,dia pergi dulu. Tak contact after habis SPM, padahal ada masa before this tak pulak berjumpa. Tapi benda dah jadi, nothing we could do to bring back the time.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
No comments:
Post a Comment