Hi.
Alhamdulillah saya baru habis exam paper AIS510, mcm biasalah boleh jawab ke tidak saya jawab & tulis ja asalkan buku jawapan tu bertulis. And today pertama kalinya saya mengalami situasi di mana pen kehabisan dakwat ketika menjawab exam & timing dia perfect sekali, dah masuk 30 minit yg terakhir & lagi 3 main points soalan yg last. Saya panic, saya sambung ja tulis dgn pensel. Full stop.
Enough pasal exam today. Saya teringat saya ada post dkt twitter "stable job position,mini cooper & travel.thats it."
Aah. Thats my teenage dream. Saya nak menjalani kehidupan yg simple, saya nak pakai t-shirt & shorts & pergi travel. Explore things outside. Saya membayangkan diri saya bercuti & merantau ke luar negara bersama-sama rakan, menggantungkan kamera di tengkuk lps tu capture every special moments & things that I see. Saya nak lifestyle yg sederhana, (tp duit mau byk la of course,haha)
Bersama saya juga maybe books that I will try to read before I fall asleep. Saya prefer novel fiction, cerita yg ala-ala fantasi yg mmg x kan jadi reality tu. Saya x beberapa nak minat dgn fiksyen sains, sb saya mmg tak minat. Saya suka cerita yg ringan-ringan,yg mcm bila dibaca terasa mcm kita pun terikut-ikut je dia punya flow tu.
Lps tu saya nak rumah saya ada studio untuk tempat saya nak melukis. Saya suka melukis. Dulu masa sekolah rendah, masa darjah dua, ada seorang bdk kelas saya, dia nampak saya asyik lukis ja, sampai dia pun pegi kedai koperasi sekolah, setiap hari dia akan beli satu kertas lukisan bernilai 10 sen (pada ketika itu) & selepas waktu rehat dia akan bg dkt saya supaya saya lukis satu benda untuk dia. lps tu dia akan ambik. tak tau la dia simpan ka tak tp klu simpan mcm buruk ja haha. Saya tak ckp pun tgn saya ni seni sgt tp saya suka lukis. Tu ja.
Saya suka warna putih. Tp at the same time saya suka hitam. Sebab apa yg saya nak, is things yg elegan (hitam) tapi at the same time it is simple & pure. Saya suka putih sebab dia plain bersih, warna putih calm me down. Buat saya rasa mcm bebas tenang mcm tak ada masalah pun yg perlu saya fikirkan.
Saya suka sgt tgk movie. So faham-faham je lah flat tv skrin HD segala tu mmg one of my favourite things. Dilengkapi dgn sistem home teater sound semua lengkaplah senang cerita. Kat living room mmg lah kena ada dalam bilik nak jgk oh dlm bilik air pun nak ada jgk dkt dpn bathtub.hehe.
Apa lagi? Saya nak kucings, the 's" means more than only one cat. Semua kucing akan saya pastikan mencapai tahap kegemukan & kemalasan yg amat. Yeap saya nak melatih semua menjadi Garfield. Bila penat balik kerja semua kucing-kucing tu akan menemani saya menonton televisyen sambil saya makan spaghetti, or fries, or ice cream.mana mana ja lah. dan cukup masa semua akan berderet mengikut saya untuk tido. oh memang saya akan pillow talk dgn kucing tu before tido. Saya akan cakap dkt dia korg ni gemuk-gemuk ja semua ikot sapa ni eh? tau tak korg obesity. besok big daddy nak ajar korg naik treadmill. kita bersenam sama-sama.haha celah mana big daddy.
Thats how I imagine myself in the future. Hangin out with friends during the weekend, my parents also stay with me, because I love them. Friends can also come over for dinner sometimes, ah you can just come overlah. sebab nanti kalau dah kerja you don't have much time to catch up with each other sgt, tambah kalau yg dah married kan so maybe weekend is the only time you have to just lepak.
If I will ever get married, then my life is gonna be more colorful, I have my wife there and my children will be running in the house screaming sana sini. And acara kewajipan is breakfast together on sunday morning. breakfast wajib, sebab saya sgt suka breakfast. saya tekankan lg sekali,this paragraph only apply if only i ever get married. tapi still bujang pon breakfast sunday morning tetap wajib.hahah.
I can imagine more & more things, still I can't figure out what am I gonna do after completing my degree. To work or to continue my studies, i guess i need more time to think.
Adios amigos.