Hari ini tercipta lah sebuah kisah di mana 3 org sahabat bernama Aspa, Shafiq and Epul, mencari sahabat mereka, si Haziq yg terbogel apabila ditinggalkan oleh bas ekspresnya sewaktu dlm perjalanan pulang ke Shah Alam dr rumahnya di JB.
Kisahnya bermula apabila Haziq, si jubo yg terlalu lena lah hendaknya tido dlm bas sehingga terlepas perhentian Sec 17. Apabila terjaga dr lenanya yg panjang itu, Haziq mendapati basnya berada di tempat cuci bas yg entah di mana, semua penumpang sudah tiada, dan yg amat menyedihkan, driver bas sendiri tidak menyedari Haziq masih berada di dalam bas itu. Maka terkejut badaklah sang driver apabila ternampak Haziq masih kemamaian di dlm basnya.
Haziq yg dlm keadaan gelabah biawak turun dari bas, mencari signboard kerana ingin mengetahui di manakah dia berada. Lalu ternampak signboard yg tertulis Batu 3. Lalu si jubo yg terpinga-pinga itu terus call Shafiq,meminta Shafiq mencari Shell di Batu 3. Malang sekali tidak ada seorang pn diantara mereka bertiga yg mengetahui lokasi Batu 3 itu.
Dlm 6.45 pagi itu bergerak lah kami memulakan ekspedisi mencari Haziq. Disangkakan lokasinya berdekatan KTM Batu 3 Shah Alam, tetapi salah. Haziq call, suruh cari Carrefour Klang. Now barulah kami mengetahui hala tuju kami yg sbnrnya. At least better dr Batu 3 yg mmg xde idea lgsong kt mane.
Smpai kt Klang, ktorg kuar, stop kat petrol station. "Pkcik, cmne eh nk g Carrefour Klang?" "Awk kuar sini, msuk highway, byr tol, hala ke Klang. Nnti jmpe la Carrefour. Tnye org kt sane." Ye Pak Cik. Bagus sgtlah cadangan tue. Dh kt Klang kot. Tatau ckp la tatau. Call Haziq, die suruh g Hospital Ampuan Rahimah plak. Die kate die jln kaki g sane. Sedih sgt. Huhu. Maka bergerak lah ktorg ke klu destinasi setrusnya. Malang tidak berbau (tp Aspa berbau,hehe), kete Aspa tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kete Wira. Part best, kete Cine tue kemek teruk, pecah lampu dpn. Kete Aspa?? Lgsong xde pape! Calar cket and terlekat cat kete Wira tue,haha! Part xbest, Aspa salah, kene byr 100.
Smpai dpn hospital,tunggulah ktorg akan ketibaan Sang Haziq. Call die, apsal x smpe2 lg, padahal die kate die dh nmpak Masjid and Petronas kt dpn hospital. Tnye kubah Masjid kaler ape, die ckp kuning. And ade kdai mkn kt sblh die. Btol dh. Pelik. X nmpk lgsung Haziq. Bile die ckp dh smpai Masjid, ktorg cari kt Masjid,tp xde! Rupanya die kat msjid laen. Die suruh ktorg patah blk, pegi kat Bangunan MAIS Klang, dpn Bank Islam.Then amik kiri kt roundabout. So, ktorg patah blk. Nmpak la Masjid baru tepi sungai time kt jmbatan. Smpai Masjid baru tue, Haziq ckp bkn plak. Masjid yg die ddk tue Masjid lame. Arghhhh. Pening. Brp byk masjid kat Klang nie??? Dah la sume kubah kuning. Stress giler! Mane ko nie Haziq????????
Matahari mula meninggi. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Bygkan. 2 hours pusing Klang je tp still tatau kat mane Haziq yg disayangi. Last2, ktorg pegi blk dkt Bangunan MAIS sebelah Menara CIMB tue. Suruh Haziq dtg situ. Finally, x smpe 10 minit tunggu, nmpak la Haziq bjalan dlm keadaan bpeluh2! Lega, jmpe jgk akhirnya si jubo yg terjubo.haha.
Haziq blanja ktorg mkn kat Hakim lame. Die pn menceritakan kpd ktorg pengalaman ngerinya termasuklah hampir dikejar pasukan anjing-anjing ganas di Klang. Moral of the story ialah:
1. Jgn tido dlm bas mcm ko tido atas katil yg empuk di rumah.
2. Jgn beli kete Wira, belilah Viva.
3. Ketahuilah, sesungguhnyer di Klang itu, hampir kesemua Masjidnya berkubah kuning,
& ade kedai mkn kat sebelahnyer.
haziq,lain kali jgn tido..
ReplyDelete2 la ko,xpesan kat org sbelah sruh kejut..huh
hahaah...sengal gile haziq leh tetido... naseb baek operasi mencari berjaye...batu 3 bkn kt s.alm ke?? rse ak cm dkt je ngn umh ak..kottt...
ReplyDeleteTula pasal,cane tah boleh ada signboard Batu 3 kat Klang. Agaknya ada Batu 3 lg 1 kot,haha
ReplyDelete