Alhamdulillah aku berjaya mengharungi minggu pertama kembali ke dunia "persekolahan bagi peringkat 18 tahun ke atas". Setelah hampir 2 bulan bercuti aku akui mengalami gangguan biological clock memandangkan hampir sepanjang waktu cuti mata aku hanya mampu terlelap pada jam 4.30 pagi dan bangun pada jam 12 tgh hari. Secara jujurnya aku berasa sangat menyesal kerana terlepas hampir 95% melihat keindahan waktu pagi, di kala matahari beransur naik menyimbahkan cahayanya ke bumi.
Meskipun begitu, aku bersyukur kerana apa yg aku rancangkan pada waktu cuti semester lepas berjalan agak lancar dan apa yg aku targetkan berjaya dicapai. Secara ringkasnya aku agak berpuas hati dgn apa yg telah aku lakukan sepanjang masa cuti dan pada masa yg sama banyak perkara yg telah aku pelajari. Diharap agar pengajaran tersebut mampu membimbing aku untuk menjadi lebih baik dari yg sebelum ini.
Tahun 2010 seperti tahun-tahun yg lain menyimpan pelbagai peristiwa pahit dan manis yg tidak dpt dilupuskan dari ingatan dgn begitu sahaja. Segala yg berlaku sedikit sebanyak membantu dalam usaha aku memperbetulkan diri aku yg sememangnya tidak pernah mampu lari daripada sering melakukan kesilapan, tidak kira sama ada kesilapan itu terhadap diri sendiri dan juga terhadap org lain di sekeliling.
Setiap malam pada minggu-minggu terakhir bulan Disember 2010 aku tidak mampu berhenti dari memikirkan apa yg telah dilakukan oleh aku sepanjang tahun itu, dan memikirkan soal betul dan salahnya segala perlakuan dan keputusan serta kata-kata yg pernah dilemparkan, impaknya terhadap perasaan org sekeliling dan apakah aku masih mampu mempertahankan segala apa yg masih menjadi milik aku dan menghargainya sebelum kehilangannya?
Jika dilihat kepada org lain, tidak dinafikan terasa seolah-olah diri ini jauh tertinggal serta serba kekurangan. Melihat apa yg mereka ada, membuat diri lupa untuk bersyukur atas segala yg telah diri kita perolehi. Tetapi seharusnya aku tahu, apa yg lebih baik itu ialah menghargai apa yg kita telah ada dan menjaganya sebaik mungkin agar kita tidak kehilangannya.
Jikalau mampu, aku ingin betulkan kembali semuanya. Aku ingin kembali ke hari-hari lalu dimana segala yg silap mampu aku betulkan agar kisah menjadi sempurna. Agar terserlah kebaikan isinya tanpa cacat cela. Tapi hakikatnya tiada yg sempurna, kerana itulah dunia. Yg lampau itu gunanya dijadikan panduan, pembimbing menuju ke hadapan. Bersyukur terhadap peluang yg masih diberikan bg merubah masa hadapan supaya hari esok itu lebih baik dari yg sebelumnya.
Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya...
No comments:
Post a Comment