Sunday, August 2, 2009

Kembali Ke Situ

Cuti dah habis. Esok dah kena belajar balik. Searching for mood & status? Mestilaa mood holiday sepanjang tahun. Ada kerja BEL:X BUAT LG. MALAS. Ada apa dalam otak? Let me see.
Saya dah sampai kat London. Berjalan keluar dari airport dikelilingi bagasi LV dan seekor chihuahua tersepit kat celah ketiak. Pakai shades dan selepas lima langkah masuk ke dalam sebuah limousin yang sangat panjang.
Okay stop berangan. I need to focus.
Puncak Perdana sebuah lokasi syurga cinta ilmu ditubuhkan khas untuk para pelajar menikmati keindahan dan ketenangan belajar tanpa henti. Berkonsepkan ala tempat berperang dalam cerita TROY, lokasi ini sgt strategik bagi anda yang mendedikasikan diri kepada ilmu dan buku sehingga tidak mahu makan dan minum. Jika anda juga seorang yang gemar tidur, lokasi ini juga sesuai buat anda. Tiada sebarang bunyi yang mampu memecah mimpi anda dan anda bebas memejamkan mata seberapa lama yang anda suka. :)
Jadi, kunjungilah tempat tinggal baru saya dan saya pasti anda tidak akan menyesal walaupun sesaat.
P/S: Selamatkanlah saya!

No comments:

Post a Comment